SRK AND RANI M
SRK AND KAREENA K
SRK AND MANISHA K
SRK AND JUHI CHAWLA
SRK AND AISHWARYA RAI
SRK AND MADHURI D
SRK AND SONALI B
SRK AND PREITY Z
SRK AND BIPASHA B
SRK AND PRIYANKA C
SRK AND KARISMA K
SRK AND KAJOL
SRK AND ANUSKA S
|
Topologi Bas (Bus) Topologi Bas digunakan dalam rangkaian LAN yang asal (Ethernet), yang merupakan suatu kabel sepaksi yang dikongsi oleh semua sumber rangkaian. PC dan peranti mencapai rangkaian melalui kegunaan tap yang merupakan peranti pasif (passive device). Kad perantaramukaan rangkaian (Network Interface Card: NIC) terdapat pada PC untuk mengawal penghantaran dan penerimaan isyarat elektrik kepada kabel sepaksi tersebut. Penghantaran isyarat elektrik dapat dilakukan secara penghantaran jalur asas (baseband) ataupun penghantaran jalur lebar (broadband). Penghantaran data baseband menggunakan Pengekodan Manchester untuk menghantar data melalui bas tersebut. Isyarat baseband menggunakan kesemua spektrum kabel dan hanya satu isyarat dapat dihantar pada seketika. Oleh sebab itu, hanya satu stesen kerja haruslah menghantar data pada sesuatu ketika supaya mengelakkan perlanggaran isyarat (signal collision). Protokol Kawalan Pencapaian Media (Media Access Control Protocol) digunakan untuk mengawal pencapain bas tersebut. Namun, penghantaran isyarat secara baseband adalah dwihala (bidirectional), dan isyarat daripada sesuatu stesen kerja dihantar melalui kedua-dua hala kabel yang disambung kepadanya. Topologi Bas digunakan dalam rangkaian LAN yang asal (Ethernet), yang merupakan suatu kabel sepaksi yang dikongsi oleh semua sumber rangkaian. PC dan peranti mencapai rangkaian melalui kegunaan tap yang merupakan peranti pasif (passive device). Kad perantaramukaan rangkaian (Network Interface Card: NIC) terdapat pada PC untuk mengawal penghantaran dan penerimaan isyarat elektrik kepada kabel sepaksi tersebut. Topologi Gelang (Ring) Topologi gelang menghubungkan PC dalam sesuatu gelang logikal secara penghantaran data jalur asas (baseband). Penghantaran data berlaku secara sehala mengelilingi gelang tersebut. Data yang dihantar oleh PC asal mestilah dikeluarkan oleh PC tersebut untuk mengelakkan data tersebut dihantar secara berterusan. NIC topologi gelang berfungsi pengulang (repeater) yang bertugas
Pengulang tersebut menjanakan semula (regenerates) isyarat yang diterima supaya menjadi isyarat digital yang elok semasa ia meninggalkan pengulang tersebut. Pengulang hanya menyebabkan masa lengah 1 bit sahaja supaya membolehkan penghantaran data secepat mungkin. Seperti topologi bas Ethernet berbentuk bintang, topologi fizikal topologi gelang juga berbentuk bintang dan sebuah Unit pencapaian berbilang-stesen (Multi-station Access Unit MAU) digunakan untuk menyambungkan setiap PC kepada PC yang lain secara gelang logikal. Ia berbeza daripada hab sebab data yang dihantar dituju kepada PC hilir (downstream) dan bukan kepada semua PC secara serentak. Penyambungan beberapa MAU dilakukan secara menyambungkan sesuatu MAU kepada MAU yang lain secara gelang logikal. |
Topologi Bintang (Star) Hub digunakan untuk menghantar isyarat antara stesen kerja dan sumber rangkaian yang lain. Kabel pasangan terpiuh serta penyambung RJ-45 digunakan untuk menyambungkan stesen kerja kepada hub. Biasanya sesuatu hub mempunyai bilangan port berjumlah 8, 16, ataupun 24 port. Suatu port khas digunakan untuk menyambungkan sesuatu hub kepada hub yang lain. Topologi Tanpa-dawai (Wireless LAN Topology) Topologi tanpa-dawai menggunakan penghantar-terima (transceiver) radio pada NIC untuk mencapai Titik Pencapaian (Access Point AP) yang terdapat dalam julat penghantaran isyaratnya. Biasanya jarak perkhidmatan adalah 15 m sehingga 240 m. Set Pelayanan Asas (Basic Service Set) merupakan sel perkhidmatan sesuatu AP, manakala Set Pelayanan Panjang (Extended Service Set) menyambungkan sekumpulan AP melalui LAN untuk membentuk suatu LAN secara logical. |